Home

User Rating:  / 1
PoorBest 
ROOT» Category: restoran arab
Published on 11 May 2011
Print

imageAnda pasti perasan satu fenomena baru di Lembah Klang kan?

Apa? Anda tak tahu? Surprised smile

Tak cayalah! Kalau anda pegi mane2 shopping complex atau business areas selalu ada restoran yang penuh dengan orang kan? Alaa, bukan McD laa.

Walaupun meal dia agak sikit mahal, orang datang jugak – nape ye?

Itulah dia restoran makanan timur tengah atau lebih tepat makanan orang Yaman, kebanyakannya. Pasti ada yang biasa ke Restoran Saba’ di Cyberjaya, Hadramawt di Ampang, Al-Diafah Sri Petaling dan merata-rata lagilah.

 

Saya rasa sejak orang kita banyak jalan ke negeri2 arab maka mulalah kita pandai “cari” nasi arab ni bila balik ke Malaysia..

Baru-baru ni saya perasan ada satu lagi restoran arab yang baru di Puchong maka apa lagi saya pon nak cubalah..

Nama restoran ni.. D’Arab Cafe.

Foto kat bawah ni adalah pandangan dalam restoran tu dan ia adalah dalam satu lot kedai seperti yang lain2 la. Masih nampak “kebaruannya” dan settingnya pun taklah penuh sangat. Ada TV LCD tapi tiada air-cond cuma kipas jer.

DSC_0132b

Oops! dalam pics tu bukan orang arab ye Winking smile, orang kite..

Pilihan menunya taklah banyak sangat dan semuanya meal yang standard di kebanyakan restoran arab la. Ha, ni dia menunya, satu muka je.. :

DSC_0129b

Jadi… ada masakan kabsah, mandey dan hanith dengan pilihan ayam, kambing dan daging. Minuman pun agak standard seperti restoran lain di Malaysia dengan tambahan Malt drink (Barbican) dan teh arab.

Haa pilihan saya untuk kali ini adalah… lamb hanith dengan ais bandung. Satu perkara saya sukakan masakan hanith adalah dia punya “juiciness” sebab dibungkus dengan foil. Eh, kawan saya tu tak nak makan pulak, minum teh ais limau je..

DSC_0134b

Tu dia rupanya… memang ade rase kambing hanith tapi rupanya agak tidak menyerlah mungkin warnanya tidak “garang” Smile.

Dan bagi saya sambal merah dalam mangkuk kecil tu memang penting kalau makan makanan arab. Saya cuba rasa daging hanith saja tanpa sambal tu memang tak power. Itulah rahsianya dan di sini sambal tu kira boleh tahan la. Ada sup juga tapi saya tak tahu sup apa dan rasanya taklah best sangat mungkin tak biasa lagi kot sebab ni first time jumpa sup macam ni kat restoran arab.

Agak menarik juga kedai yang tidaklah sebesar mana ni ada bilik solat yang agak selesa! Cuma kena kongsi laki/perempuan.

Ok makan sudah minum pun sudah.. pegi bayar la..

P1230780b

Kena le dua puluh tujuh ringgit…Crying face

Dan ini pula pandangan hadapan restoran..

DSC_0135b

Kedai ni kat tepi hiway LDP arah Kajang/Putrajaya ke Puchong. Kalau perasan ia dekat dengan Domino pizza tu.. Sebenarnya dekat juga dengan Carrefour Puchong Utama tapi Carrefour tu ke dalam sikit, takla nampak sangat dari hiway.

Nampak2nya restoran ini macam dimiliki oleh orang Malaysia, bukan Arab.

Kalau nak cari restoran D’Arab Cafe ni boleh ikut google map ni (silakan klik):

image

Kalau ada apa2 sila masuk dalam komen ye..

Comments