Awal Oktober kami sekeluarga telah ke K.Terengganu sempena satu majlis kahwin dan kami bermalam di sebuah homestay di Rusila. Keesokan paginya kami telah mengambil kesempatan untuk ‘explore’ bandar KT dan sekitarnya. Sebenarnya dah banyak kali kami ‘melintas’ bandar KT tapi tiada peluang untuk melihat2 dengan lebih dekat. Rupa2nya banyak yang kami telah miss selama ini. ![]()
Ha! Nasi dagang terengganu ni dibuat dari beras biasa campur beras pulut. Lauknya yang asli adalah gulai ikan aya(tongkol). Dibungkus dalam kelongsong daun pisang dan kuah selalunya diletak dalam bekas untuk dicampur semasa hendak makan.
Rasanya? Hmm enak sekali!
Nasi pulut ni tiada bezanya dari tempat2 lain cuma lauknya sama seperti nasi dagang..
Mungkin ini satu lagi keunikan negeri Terengganu, makan nasi minyak waktu pagi… kari daging adalah lauk yang biasa dihidangkan. Oh, memang menyelerakan!
Apa? Kayu keramat? Ia mungkin nampak macam carkoi di tempat2 lain tapi rasanya lain sikit. Siapa2 yang biasa dengan KK ni akan sentiasa tidak puas hati bila makan carkoi kerana KK lebih enak! Tak percaya? Sila cuba dulu.
Pulut panggang? Bukan la! Di Terengganu ia dipanggil pulut lepa! Maaf sebab jarang orang tahu asal namanya tapi ia memang berbeza dengan pulut panggang di tempat2 lain sebab intinya dari ikan. Yalah Terengganu kang negeri ikang. ![]()
Ha! Ini dia pemandangan gerai yang kami singgah tuu. Lokasinya Jalan Batu Burok seberang jalan dari Sekolah Sultan Sulaiman.
Google maps: http://g.co/maps/y4ct2
Kami memang ‘impressed’ dengan sarapan kali ini walaupun di warung yang sangat sederhana dan berhajat untuk kembali apabila ada peluang. Kalau anda tak dapat pergi ke tempat yang sama, banyak kedai2 lain yang menyediakan makanan yang hampir2 sama di KT atau diseluruh negeri Terengganu. Kalau ada peluang cubalah ‘merayap’ dan try makanang teganung jangang dok makang kak hotel jer.. hihi ![]()